Definisi
Alat bantu mengajar
(ABM) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan
untuk menjadikan pembelajaran baik dan
lebih menarik. Menurut Mok Soon Sang
(1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan
melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi
serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah
binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan
ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang
dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa
menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk
belajar.
Bahan bantu mengajar
(BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) ‘ alat bantu ‘ itu mestilah
dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan
untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya,
murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini
disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964
) yang digambarkan dalam bentuk “cone of
experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek
semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian
daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya.
Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi
guru murid berjalan dengan baik.
Jenis-jenis
Bahan Bantu Mengajar
Bahan-bahan bantu
mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-
1. ABM bukan elektronik iaitu ABM asas seperti papan tulis, buku teks, papan pamer,
buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model,
surat , lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak,
bingkai carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan
dan sebagainya.
2. ABM berbentuk elektronik seperti filem
tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita
rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera padat
audio, komputer, internet dan disket komputer.
3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar daripada alam semulajadi seperti
lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.
Kebaikan Bahan Bantuan Mengajar
Menurut
Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting
kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan
untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran Matematik. Bahan bantu mengajar
merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar.
Pertama, bahan bantu mengajar juga
dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan
bahan bantu mengajar juga memberi sumbanagan yang amat besar dalam
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar.
Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru
yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010).
Kedua, penggunaan bahan bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetengahkan
konsep. Oleh itu, pelajar dapat melihat sendiri tunjuk cara dan bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik
darjah. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk matapelajaran
Matematik, dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan mudah.
Ketiga, penggunaan bahan bantu
mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga
menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat
mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu
mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang
disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma
(2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong
minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan.
Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai
objektif pembelajaran seperti yang dilah dirancang.
Keempat, pelbagai bahan bantu
mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam
proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan bahan bantu
mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat
memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka
(Norma,2004) .
Kelima, menurut Norma (2004) juga
penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk
memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria
penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran.
Keenam, Saridah (2006) pula
menyatakan bahan bantu mengajar Matematik seperti perisian multimedia dapat
menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi peluang kepada
pelajar untuk memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan masing-masing
kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala tujupembelajaran dengan
kadar yang cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk
topic yang agak sukar.
Ketujuh, Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang direkacipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan dan
mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep dan penguasaan topik penjelmaan
kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan maujud
untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan khususnya subtopik
putaran (Hamdan, Surizan, 2010)
Mengapa
Bahan Bantu Mengajar Diperlukan
Alat
bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran guru
dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap
dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan
fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas guru
untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan pembelajaran
yang akan diajar nanti.
Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga
kepentingan alat bantu mengajar iaitu:-
i.
Membantu guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam
menerangkan isi pengajaran.
ii.
Mengawal disiplin pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
iii.
Mengurangkan kebosanan pelajar semasa
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut
Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang
dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang dapat memahami
perbezaan individu. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan
sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran tetapi
kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.
Menurut
Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar
penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan
supaya lebih cepat memahami dan mengingati
dengan berkesan. Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar
dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.
No comments:
Post a Comment