Di dalam pelaksanaan alat bantu mengajar ini, kami
menggunakan teknik eksplisit.
PENGAJARAN EKPLISIT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 21), pengajaran
membawa maksud perihal mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar seperti cara atau sistem belajar. Manakala eksplisit bermaksud,
dinyatakan dengan tepat dan jelas, tanpa berkias-kias atau tersurat. Oleh hal
yang demikian, dalam aspek kefahaman membaca dan berfikir secara kritikal
dengan menggunakan pengajaran eksplisit ini dimaksudkan sebagai rangka kerja
untuk membangunkan kemahiran pemahaman bacaan dan strategi yang boleh digunakan
oleh guru secara jelas dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bagi meningkatkan kefahaman dan daya berfikir secara kritikal kepada
pelajar. Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran
eksplisit ialah kaedah penerangan, memberi contoh,demonstrasi, menggunakan alat
bantu mengajar, teknik soal-jawab dan sebagainya
Teknik eksplisit merupakan salah satu teknik kemahiran
berfikir yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. KPM telah
menyenaraikan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan
pengajaran kefahaman membaca dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
ini.
TEKNIK PENGAJARAN EKPLISIT
Teknik pengajaran eksplisit adalah merupakan satu kerangka
bagi membangunkan strategi kemahiran pemahaman bacaan yang boleh diaplikasikan
bersama teknik bacaan lain tanpa bantuan guru. Persoalan yang cuba dijawab
dalam teknik ini adalah sama ada bolehkah pelajar diajar strategi pemahaman bacaan
supaya ia boleh diubah menjadi situasi pembacaan bebas. Teknik pengajaran
eksplisit ini mempunyai ciri-ciri seperti:
· Relavan
o Pelajar diberi
pendedahan tujuan sesuatu strategi atau kemahiran. Perbincangan bagaimana,
bila, di mana dan mengapa sesuatu strategi atau kemahiran digunakan.
· Definisi
o Pelajar diajar
cara untuk mengaplikasikan kemahiran dengan cara melabel, mendefinisi, memodel
dan menerangkan sesuatu kemahiran atau strategi. Pada peringkat ini, suatu
kemahiran atau strategi itu dilabelkan dan cara pelaksanaannya ditunjukkan oleh
guru. Guru menunjukkan kepada pelajar panduan untuk menggunakan kemahiran atau
strategi ini. Pelajar juga didedahkan kekurangan strategi itu.
· Latihan
berpandu
o Terdapat dua
tujuan latihan dilakukan iaitu untuk memberi persediaan kepada pelajar melaksanakan strategi atau kemahiran
yang dilakukan secara bersendirian dan juga untuk mengenal pasti pelajar yang
menghadapi masalah menguasai sesuatu strategi atau kemahiran.
· Latihan
kendiri
o Pelajar menjalani
latihan yang sama secara bersendirian.
· Aplikasi
o Pelajar diberikan
pelbagai situasi bagi merangsang mereka untuk mengaplikasikan sesuatu kemahiran
atau strategi dan membincangkan pengaplikasian yang dilakukan.
MENGAPA PERLU
DILAKSANAKAN DALAM P&P
1) Supaya Pelajar Boleh Memahami Bahan Yang
Dibaca
Pengajaran secara eksplisit ini diajar di dalam sesuatu
P&P kerana ingin membantu pelajar memahami sesuatu bahan yang dibaca dengan
mudah dan cepat serta dapatmembuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar
terhadap bahan bacaan yang diberi.Pengajaran eksplisit merupakan salah satu
pendekatan yang digunakan untuk membangunkan kebolehfahaman membaca secara bebas
dan jelas.Dengan menggunakan teknik ini,guru pada mulanya akan memperkenalkan
isi kandungan bahan yang ingindiajar supaya pelajar mendapat pandangan awal
tentang apa yang bakal mereka pelajari. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan
teknik penerangan pada tahap inidengan menerangkan tentang idea utama bahan
tersebut sebelum mengarahkan pelajar membuat tugasan.
Guru perlu memberi penerangan yang jelas kepada pelajar
tentang suatu bahan bacaan atau tugasan yang diberikan dan guru juga perlu
memastikan pelajar memahami tentang idea utama yang dibincangkan. Selepas
pelajar telah diterangkan tentang bahan yang diberi,pelajar akan diarahkan
melakukan tugas dan mencari isi-isi penting berkaitan tajuk yang diberikan.
Apabila penerangan secara jelas telah diberikan, pelajar akan lebih mudah
memahami bahan yang dibaca dan akan mula memcari isiuntuk tugasan
mereka.Selepas telah menerangkan segala yang berkaitan dengan tajuk
pengajaran,guru boleh membuat refleksi supaya pelajar dapat mengingat semula
tentang apa yang telah diberitahu oleh guru pada awal sesi pembelajaran.
Pada tahap ini mereka sepatutnya dapat menyenaraikan semula
isi-isi penting yang telah diterangkan oleh guru.Ketika ini juga, guru boleh
bertanya beberapa soalan bagi melihat sejauh mana mereka faham tentang apa yang
telah diajar. Seterusnya untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal,
guru boleh mengajukan beberapa soalan penting seperti bagaimana mereka
mempelajarinya?,bagaimana mereka berfikir untuk mencari jawapan atau bagaimana
dan apa yang telah dipelajari boleh digunakan pada masa hadapan dan dalam
situasi yang bagaimana?.
2) Supaya Pelajar Dapat Berfikir Secara
Kritikal
Teknik pengajaran secara eksplisit ini juga dijalankan
supaya pelajar dapat berfikir secara kritis dan tidak hanya berfikir pada tahap
yang biasa sahaja. Apabila pelajar memahami idea utama tentang sesuatu bahan
bacaan, mereka akan mudah memikirkan idea-idea sampingan yang lain dan dapat
membantu pelajar untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan menjana idea yang
bernas tentang sesuatu bahan bacaan atau tugasan yang diberikan. Pengenalan
kepada idea utama melalui contoh boleh digunakan dalam pengajaran eksplisit.
Dalam teknik ini, guru perlu memberi contoh dan pengenalan kepada idea utama
yang terdapat dalam sesuatu bahan yang diberi. Guru perlu berbincang dengan
pelajar tentang mengapa, bila, bagaimana dan di mana maklumat yang terdapat
dalam bahan bacaan itu digunakan.
Seterusnya untuk memastikan pelajar faham tentang apa yang
dibaca,contoh-contoh yang relevan dan mempunyai kaitan dengan pengalaman sedia
ada pelajar boleh diberikan sebagai contoh supaya pelajar dapat berfikir dan
mengetahui idea utama bahan yang dibaca. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin
memberi tugasan karangan yang berkaitandengan pencemaran, guru terlebih dahulu
boleh bertanyakan kepada pelajar tentang pencemaran yang berlaku di kawasan
rumah mereka, jenis-jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kampung mereka,
mengapa pencemaran berlaku, apa yang mereka ketahui tentang pencemaran dan
sebagainya. Menurut B. J Moore (1984:85), “another comprehension skill to be
developed is the ability to relate what is read to one’s own life experiences”.
Sekiranya teknik ini dilakukan, pelajar akan memberi tindak
balas yang baik dan akan menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Pelajar juga
akan lebih mudah untuk memahami tentang tugasan yang perlu mereka lakukan dan
boleh berfikir secara kritikal semasa guru bertanyakan soalan atau pendapat
mereka.
KELEBIHAN PENGAJARAN EKSPLISIT
1) Menarik Minat
Pelajar
Seperti yang telah diketahui,dalam pengajaran secara
eksplisit ini, guru perlu memberikan pengajaran secara jelas. Oleh hal yang
demikian, guru sering menggunakan alat bantu mengajar seperti OHP,pita video,
radio kaset, televisyen, grafik atau rajah dan lain-lain lagi. Alat-alat yang
digunakan ini akan menarik minat pelajar dan membuatkan pelajar dapat berfikir
secara kritikal.Sebagai contoh, sekiranya guru boleh menayangkan rancangan
national geografi, pelajar akan tidak akan bosan dan tidak hanya duduk di
kerusi masing-masing. Pelajar juga boleh menonton secara berkumpulan dan pada
masa yang sama akan timbul pelbagai persoalan daripada yang telah mereka lihat.
Hal ini akan menyebabkan pelajar akan cuba berfikir secarakritikal untuk
mencari jawapan tentang persoalan yang mereka ajukan pada diri merekasendiri.
2) Membaca Secara
Aktif
Melalui pengajaran secara eksplisit,pelajar dapat menjadi
seorang pembaca yang aktif.Membaca merupakan kaedah yang digunakan oleh manusia
untuk mencari maklumat atau fakta-fakta tentang sesuatu perkara, namun tidak
bermakna semua maklumat yang diberikan harus diterima bulat-bulat. Seseorang
pembaca yang aktif akan berfikir apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan
bertanya pada diri sendiri tentang persoalan yang timbul daripada bahan yang
dibaca. Pembaca juga akan menggunakan pemikiran kritikal untuk mendapatkan
jawapannya.
Menurut Kamarudin Hj Husin (1993:131), “membaca adalah satu
kaedah untuk mendapatkan fakta dan idea daripada penulis. Ini tidak bermakna
kita menerima segala apa yang dipaparkan oleh penulis tanpa berfikir. Dengan
itu, pembaca perlu memikirkan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.
KEKURANGAN PENGAJARAN EKSPLISIT
1) Guru Perlu
Mempunyai Kemahiran Yang Berkesan
Antara kekurangan dalam pengajaran eksplisit ialah guru
perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyampai dan menjalankan teknik
eksplisit secara berkesan supaya matlamat pemahaman bacaan dan berfikir secara
kritikal tercapai. Sekiranya guru tidak menggunakan teknik ini dengan betul semasa mengajar,pelajar tidak dapat
memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu juga guru perlu
berkomunikasi dengan pelajar,komunikasi dua hala penting supaya pelajar tidak
hanya memendamkan perkara yang tidak difahami.
No comments:
Post a Comment