Tuesday, 10 May 2016

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR



       SENARAI AHLI KUMPULAN :  



  1. SUHAINA BT YUSOF
  2. NUR FARHANA BT MOHD KOSNI
  3. MOHAMAD AZIDI BIN ZAINUDIN
  4. NUR HIJRAH BT MOHAMMAT JOHAN
  5. MOHAMAD NAZIRUL IZWAN BIN ALLIAS
  6. FATIMAH AZRA BT CHE KAMARUZZAMAN

KERTAS KERJA
KEM MEMBACA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
TANJONG MALIM, PERAK

 TARIKH
11 MEI 2016

TEMPAT
BITARASISWA, KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK.

ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2015/2016

DENGAN KERJASAMA
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Sekolah Kebangsaan  Bandar Behrang 2020
1.0  PENGENALAN
·            Program ini dirangka dan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.0  RASIONAL
·               Program ini adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri di samping bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah serta memdedahkan pelajar tentang situasi sebenar apabila menjadi guru kelak.

3.0  OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai  suasana sebenar di sekolah.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi silatulrahim antara mahasiswa/i dengan pihak pengurusan sekolah.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan, berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5 Mempraktikkan segala yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.

4.0 HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mahasiswa/i dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan guru.
  2. Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar kelak.
  3. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
·         Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang bergiat aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan pihak fakulti seterusnya dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada masyarakat. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai-nilai murni dalam diri peserta. Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat diterapkan. Segala pengisian yang dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian dalam menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri ke arah kecemerlangan.
7.0 KUMPULAN SASARAN
·         Melibatkan 360 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2015/2016 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan empat orang pensyarah sebagai penilai.
8.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
      Program        : Program Kem Membaca
      Tarikh           : 11 Mei 2016
      Hari               : Rabu
      Tempat          : Bitarasiswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.


9.0 TENTATIF PROGRAM
     11 Mei 2016 (Rabu)
MASA
AKTIVI
7.30 pagi – 8.30 pagi
Persiapan Setiap Kumpulan
8.30 pagi
Ketibaan VIP.
8.30 pagi – 9.00 pagi
Sarapan VIP.
9.00 pagi – 9.15 pagi
Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Kandung Suluh Budiman dan Bacaan Doa
9.15 pagi – 9.30 pagi
Ucapan Penyelaras
9.30 pagi – 9.45 pagi
Ucapan Perasmian
9.45 pagi – 10.30 pagi
Lawatan VIP Ke Tapak Pameran
10.30 pagi – 11.30 pagi
Lawatan Pemberian Markah
11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Lawatan Tetamu Lain
12.30 tengah hari – 1.00 petang
Bersurai


10.0  AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN 5

NAMA
NO. KAD MATRIKS
MUHAMAD NAZIRUL IZWAN BIN ALLIAS 
D20141067510
MOHAMAD AZIDI BIN ZAINUDIN                
D20141067504
FATIMAH AZRA BINTI CHE KAMARUZAMAN
D20141067688
NUR FARHANA BINTI MOHD KOSNI 
D20141067685
SUHAINA BINTI YUSOF
D20141067687
NUR HIJRAH BINTI JOHAN
D20141067698

11.0  PERBELANJAAN
ANGGARAN KEWANGAN
BIL
PERKARA
KUANTITI/UNIT
JUMLAH (RM)
1.
PENDAPATAN
a)
Kutipan daripada setiap ahli kumpulan
1
RM5





Jumlah
RM30

BIL
PERKARA
KUANTITI/UNIT
JUMLAH (RM)
1.
PERBELANJAAN













Jumlah
RM30

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = BAKI
12.0 PENUTUP
·         Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.




No comments:

Post a Comment